Tuesday, December 14, 2010

show-off KREKO part2

sudut show-off kreko isu 10 tahun 2010

selepas aku perkenalkan pada dunia hero ciptaan aku, OILMAN pada isu yang ke-2 so pada isu yang ke-10 aku memperkenalkan satu lagi heroin ciptaan aku yang bernama TEN-ZHI.


pada komik pendek 3m/s ni korang blh nampak banyak perbezaan dari segi pemilihan panel, perspektif dan close-up jika dibandingkan dengan komik yang pertama kerana kali ni aku banyak refer dari komik dragonball ^___^ malah sekali pandang pon korang leh cam perisai ten-zhi menyerupai perisai baju tarung bezita ;) hehehe

terus-terang aku cakap pada masa ni aku masih belum ada lagi stroke sendiri so aku pon ikutlah stroke dari pelukis komik yang aku minat dan ini mengimbas kembali nostalgia zaman budak hostel aku =D masa tu tv2 kuarkan anime dier setiap hari sabtu dan ahad jam 9.30 pagi dan nak dijadikan cerita hampir semua budak laki yg tinggal dalam hostel tu bangun awal pagi semata-mata nak tengok dragonball. kalo tak, apelagi....membuta ler jawabnyer sampai matahari terpacak atas kepala =____="


bilik tv tu kecik je....lebih kurang sebesar sebuah kelas so cuba korang bayangkan bila satu blok turun...........PERGH!! SESAK............lebih kurang sesak macam dalam LRT.....dan macam-macam bau ada =,.=" hm ~


ok berbalik pada sudut show-off kreko, pada ruangan mesej kali ni adalah kali pertama aku lukis karekter aku sendiri. mula-mula saja je lukis sebab masa ni aku memang tengah giler pakai snow-cap dan dressin sport je tapi tak jangka kini menjadi ikon yang sangat dikenali di facebook =D

mutiara kata: masa lalu untuk dikenang, masa kini untuk dihadapi dan masa depan untuk dinanti 

Thursday, December 9, 2010

show-off KREKO part1

sudut show-off kreko isu 02 tahun 2010

hari ni aku renung kembali semuanya bermula dari sini.....masa tu aku baru je masuk balik kolej pas habis latihan industri selama 6bulan. setiap hari aku ada kuliah pada waktu pagi tapi nasib baik sebab kuliah start pukul 9.30 pagi so aku ada masa untuk pekena teh tarik dan roti canai. pada waktu macam ni member-member aku jangan cakaplah, semua tengah sibuk dibuai mimpi dan melukis peta dunia yang tak di iktiraf kerajaan di atas bantal maupon tilam XDD wakakakakakaka


kebetulan dekat warung makan tu ada stall buku yang buka pagi-pagi jadi aku selalu ambil kesempatan ni untuk dapatkan isu terbaru KREKO. so sambil minum pagi, aku pon layan KREKO sekali sementara masih ada masa sebelum bertolak ke kolej. 1st skali yang aku belek kat kreko tu ialah ruangan sudut show-off kreko. yelah, kan aku ada hantar jadi mestilah aku usha dulu kot-kot dah masuk ke belum ;D


dan tiba-tiba aku rasa masa terhenti! segala-gala yang ada berhampiran aku seperti pause sekejap sebab aku terkejut giler-babeng bila lihat komik 5 m/s aku ada dalam ruangan tu. seperti terpesona melihat awek cun dengan body yang mantap, aku asyik tengok je komik yang aku buat macam tak pernah baca padahal aku yang lukis dan dialog tu aku yang tulis (=____=)
 

hari tu memang hari yang paling bahagia dalam hidup aku....boleh diumpamakan seperti aku berjaya mendapatkan nombor telefon dari awek cun dihadapan member-member aku XDD wahahahaha. boleh dikatakan hari tu juga aku asyik tersenyum je....member paw rokok aku pon aku bantai senyum je.....hehehe

oleh kerana melihatkan aku sentiasa tersenyum macam kerang busuk sehari-suntuk maka ia telah menjadi isu dan topik perbualan member-member aku di kolej.....tak puas di kolej, diorang sambung lagi kt hostel lepak kat bilik aku dengan masing-masing berlengging dan hanya memakai boxer je....apa ingat badan korang tough ke dok tayang kat orang padahal semua termasuk aku ada one-pack je =__="


sebenarnya aku segan nak bagitau kenapa aku hepi sangat sebab setahu aku, suma member aku tak minat langsung benda ni tetapi selepas di desak akhirnya aku pon terpaksa bagitahu juga dan suma member aku terkejut sebab diorang tak sangka yang aku boleh melukis walaupun lukisan tak seberapa.

malah diorang siap tayang kat mane-mane member diorang yang datang melepak kat bilik kami. seronok betul bila aku tengok member-member aku tumpang gembira sekali dan dari sinilah aku mula rasa timbul sedikit kekuatan untuk melukis komik lagi.


mutiara kata: "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Wednesday, December 8, 2010

muzik is my life

jam skang menunjukkan pukul 9.37 malam....dengan headphone lekap ditelinga sambil melayan mp3 braveheart dari the gomband. ni lagu dari jepun dan rentak dier memang best malah bila aku dah google lirik yang ditranslate semakin layan pula sehingga aku terpekik terlolong macam orang kener sawan ba alif ba ya XD wahahahaha dan tiba-tiba adik aku baling bantal ke muka aku yang hensem ni sambil "memuji" pitching suara aku XDD wahahahahaha macam sial XDDD gahahahahaha

oklah, terus-terang aku cakap yang aku dah tak ikut perkembangan muzik di tanah air aku mahupun di barat...sebab dah tak best macam dulu....so demi memuaskan halwa telinga maka aku mencari muzik alternatif dari negara matahari terbit ni. boleh dikatakan muzik dari sana banyak menyelitkan unsur motivasi diri dan memberi semangat untuk aku terus berdiri di dunia realiti yang penuh dengan tekanan....

lebih-lebih lagi time moral down....menu muzik yang pertama ialah aku lagu jiwang leleh kasi sayu cket hati aku XDD wahahaha pastu beralih ke muzik dan lirik yang akan menaikkan semangat aku and then apalagi, muzik rock ar kasi semangat berkobar-kobar pastu penutup menu muzik aku lagu nasyid kasi ingat cket jangan sampai lupa diri bila 'dok' layan blues ~ hehehe

muzik banyak memainkan peranan penting dalam penghasilan komik aku. boleh dikatakan bila nak melukis aku mesti mendengar mp3 bergantung dengan jalan citer yang aku nak buat.

memang seronok membebel sorang-sorang semalam dan lepas aku share blog ni kat fesbuk, tak sangka ada kawan-kawan yang like, komen malah ada yang follow :'D terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. aku masih baru lagi dalam dunia blog nanti aku tanya adik aku macam mana nak respon benda ni =D hehehe

Tuesday, December 7, 2010

1st time

hm ~ same dengan title di atas, ni kira 1st time aku try nak main blog. aku nak tau apa yang bestnyer main blog ni sebab aku tengok adik aku bukan main syok lagi dengan bendalah ni.

aku aktif bermain facebook sejak awal tahun ni dan tujuan aku bermain facebook adalah disebabkan kartun. aku suka kartun sejak aku kecil lagi dan aku membesar pada zaman era permulaan anime + pengakhiran kartun aksi barat. jadi pengaruh anime terhadap aku lebih kuat dari kartun barat.

jadi disebabkan minat yang terlalu mendalam, sepanjang hidup aku cuma jadikan melukis sebagai salah satu dari hobi aku tapi aku tak berbakat sangat seperti budak-budak dalam facebook tu so aku melukis untuk saja-saja isi masa lapang.....


dan komik di atas ni adalah lukisan terakhir aku sebab aku nak tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.....masa tu aku form4 kot kali pertama masuk dalam ruangan show-off KREKO keluaran.....entahla dah lupa.....bila tengok balik memang tergelak sebab buruk giler tapi kemas ;) hehehe

terus terang aku cakap, nak lukis illustrasi memang senang tapi bila nak lukis komik Ya Rabbi ~ Allah saja yang tau susahnya bila nak terjemahkan imaginasi yang ada dalam kepala otak ke atas sekeping kertas yang kosong tu. lama gak aku tengok kertas, kertas tengok aku balik XD wahahahaha

sehinggalah pada awal tahun ni selepas beberapa tahun yang agak lama dan aku sendiri tak pasti berapa lama, hati aku terbuka untuk melukis...........bukan lukis illustrasi tapi komik.

so aku lukis beberapa komik untuk di hantar ke KREKO. diorang ade sediakan ruangan sudut show-off dan tujuan sebenar aku hantar sebab aku tak tahan tengok kualiti show-off budak-budak ni teruk sangat. maybe tak suma tapi sampai kotak panel pon malas nak guna pembaris. memang patut ar diorang ni suma kene kutuk kaw-kaw dengan geng darkseed.

senang cakap kalo betul diorang ni minat melukis so cuba lukis sepenuh hati....tak lawa takpe....orang faham taraf kita sekarang baru sampai sini, sok-lusa sapa tau ~ yang penting kemas.....takdelah sakit mata orang memandang.

hohoho skali aku prebiu panjang lebar aku membebel XDD wahahahahahaha mungkin ni kot salah satu keseronokkan main blog sebab dapat bebel sorang-sorang macam orang gila =,.= hmm ~ rasanya cukuplah sampai sini untuk post 1st time ni dan untuk post yang akan datang aku akan sambung semula kisah disebalik komik yang masuk dalam show-off awal tahun ni.