Tuesday, December 14, 2010

show-off KREKO part2

sudut show-off kreko isu 10 tahun 2010

selepas aku perkenalkan pada dunia hero ciptaan aku, OILMAN pada isu yang ke-2 so pada isu yang ke-10 aku memperkenalkan satu lagi heroin ciptaan aku yang bernama TEN-ZHI.


pada komik pendek 3m/s ni korang blh nampak banyak perbezaan dari segi pemilihan panel, perspektif dan close-up jika dibandingkan dengan komik yang pertama kerana kali ni aku banyak refer dari komik dragonball ^___^ malah sekali pandang pon korang leh cam perisai ten-zhi menyerupai perisai baju tarung bezita ;) hehehe

terus-terang aku cakap pada masa ni aku masih belum ada lagi stroke sendiri so aku pon ikutlah stroke dari pelukis komik yang aku minat dan ini mengimbas kembali nostalgia zaman budak hostel aku =D masa tu tv2 kuarkan anime dier setiap hari sabtu dan ahad jam 9.30 pagi dan nak dijadikan cerita hampir semua budak laki yg tinggal dalam hostel tu bangun awal pagi semata-mata nak tengok dragonball. kalo tak, apelagi....membuta ler jawabnyer sampai matahari terpacak atas kepala =____="


bilik tv tu kecik je....lebih kurang sebesar sebuah kelas so cuba korang bayangkan bila satu blok turun...........PERGH!! SESAK............lebih kurang sesak macam dalam LRT.....dan macam-macam bau ada =,.=" hm ~


ok berbalik pada sudut show-off kreko, pada ruangan mesej kali ni adalah kali pertama aku lukis karekter aku sendiri. mula-mula saja je lukis sebab masa ni aku memang tengah giler pakai snow-cap dan dressin sport je tapi tak jangka kini menjadi ikon yang sangat dikenali di facebook =D

mutiara kata: masa lalu untuk dikenang, masa kini untuk dihadapi dan masa depan untuk dinanti 

No comments:

Post a Comment