hm ~ same dengan title di atas, ni kira 1st time aku try nak main blog. aku nak tau apa yang bestnyer main blog ni sebab aku tengok adik aku bukan main syok lagi dengan bendalah ni.
aku aktif bermain facebook sejak awal tahun ni dan tujuan aku bermain facebook adalah disebabkan kartun. aku suka kartun sejak aku kecil lagi dan aku membesar pada zaman era permulaan anime + pengakhiran kartun aksi barat. jadi pengaruh anime terhadap aku lebih kuat dari kartun barat.
jadi disebabkan minat yang terlalu mendalam, sepanjang hidup aku cuma jadikan melukis sebagai salah satu dari hobi aku tapi aku tak berbakat sangat seperti budak-budak dalam facebook tu so aku melukis untuk saja-saja isi masa lapang.....
dan komik di atas ni adalah lukisan terakhir aku sebab aku nak tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.....masa tu aku form4 kot kali pertama masuk dalam ruangan show-off KREKO keluaran.....entahla dah lupa.....bila tengok balik memang tergelak sebab buruk giler tapi kemas ;) hehehe
terus terang aku cakap, nak lukis illustrasi memang senang tapi bila nak lukis komik Ya Rabbi ~ Allah saja yang tau susahnya bila nak terjemahkan imaginasi yang ada dalam kepala otak ke atas sekeping kertas yang kosong tu. lama gak aku tengok kertas, kertas tengok aku balik XD wahahahaha
sehinggalah pada awal tahun ni selepas beberapa tahun yang agak lama dan aku sendiri tak pasti berapa lama, hati aku terbuka untuk melukis...........bukan lukis illustrasi tapi komik.
so aku lukis beberapa komik untuk di hantar ke KREKO. diorang ade sediakan ruangan sudut show-off dan tujuan sebenar aku hantar sebab aku tak tahan tengok kualiti show-off budak-budak ni teruk sangat. maybe tak suma tapi sampai kotak panel pon malas nak guna pembaris. memang patut ar diorang ni suma kene kutuk kaw-kaw dengan geng darkseed.
senang cakap kalo betul diorang ni minat melukis so cuba lukis sepenuh hati....tak lawa takpe....orang faham taraf kita sekarang baru sampai sini, sok-lusa sapa tau ~ yang penting kemas.....takdelah sakit mata orang memandang.
hohoho skali aku prebiu panjang lebar aku membebel XDD wahahahahahaha mungkin ni kot salah satu keseronokkan main blog sebab dapat bebel sorang-sorang macam orang gila =,.= hmm ~ rasanya cukuplah sampai sini untuk post 1st time ni dan untuk post yang akan datang aku akan sambung semula kisah disebalik komik yang masuk dalam show-off awal tahun ni.
hehehe....nice story ^^
ReplyDelete