Thursday, December 9, 2010

show-off KREKO part1

sudut show-off kreko isu 02 tahun 2010

hari ni aku renung kembali semuanya bermula dari sini.....masa tu aku baru je masuk balik kolej pas habis latihan industri selama 6bulan. setiap hari aku ada kuliah pada waktu pagi tapi nasib baik sebab kuliah start pukul 9.30 pagi so aku ada masa untuk pekena teh tarik dan roti canai. pada waktu macam ni member-member aku jangan cakaplah, semua tengah sibuk dibuai mimpi dan melukis peta dunia yang tak di iktiraf kerajaan di atas bantal maupon tilam XDD wakakakakakaka


kebetulan dekat warung makan tu ada stall buku yang buka pagi-pagi jadi aku selalu ambil kesempatan ni untuk dapatkan isu terbaru KREKO. so sambil minum pagi, aku pon layan KREKO sekali sementara masih ada masa sebelum bertolak ke kolej. 1st skali yang aku belek kat kreko tu ialah ruangan sudut show-off kreko. yelah, kan aku ada hantar jadi mestilah aku usha dulu kot-kot dah masuk ke belum ;D


dan tiba-tiba aku rasa masa terhenti! segala-gala yang ada berhampiran aku seperti pause sekejap sebab aku terkejut giler-babeng bila lihat komik 5 m/s aku ada dalam ruangan tu. seperti terpesona melihat awek cun dengan body yang mantap, aku asyik tengok je komik yang aku buat macam tak pernah baca padahal aku yang lukis dan dialog tu aku yang tulis (=____=)
 

hari tu memang hari yang paling bahagia dalam hidup aku....boleh diumpamakan seperti aku berjaya mendapatkan nombor telefon dari awek cun dihadapan member-member aku XDD wahahahaha. boleh dikatakan hari tu juga aku asyik tersenyum je....member paw rokok aku pon aku bantai senyum je.....hehehe

oleh kerana melihatkan aku sentiasa tersenyum macam kerang busuk sehari-suntuk maka ia telah menjadi isu dan topik perbualan member-member aku di kolej.....tak puas di kolej, diorang sambung lagi kt hostel lepak kat bilik aku dengan masing-masing berlengging dan hanya memakai boxer je....apa ingat badan korang tough ke dok tayang kat orang padahal semua termasuk aku ada one-pack je =__="


sebenarnya aku segan nak bagitau kenapa aku hepi sangat sebab setahu aku, suma member aku tak minat langsung benda ni tetapi selepas di desak akhirnya aku pon terpaksa bagitahu juga dan suma member aku terkejut sebab diorang tak sangka yang aku boleh melukis walaupun lukisan tak seberapa.

malah diorang siap tayang kat mane-mane member diorang yang datang melepak kat bilik kami. seronok betul bila aku tengok member-member aku tumpang gembira sekali dan dari sinilah aku mula rasa timbul sedikit kekuatan untuk melukis komik lagi.


mutiara kata: "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

7 comments:

  1. Wah~face to face ngan pembaca dowh~
    bertuah giler~ XD

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha ... Mesti pengalaman yang tak boleh dilupakan ... Memang syok kalau dapat tengok artwork kita dah publish ... Tapi yang part nak bagi tau member tu memang payah sket ... Takut ada yang kata kita nak nunjuk pulak ... Tapi memang macam nak bagi tau satu dunia jer rasanya ... (+_+)!

    ReplyDelete
  3. hehhehehehhe biasa la tu.....

    ReplyDelete
  4. monkey: erm, blog ni lbh kurang disebalik tabir suma artwork aku =D

    sempai: btol tu sempai, mmg pengalaman plg manis dan part nk gtau member tu pon betol gak...takut niat baik kt nk kongsi kgembiraan dsalah erti konon nk mnunjuk-nunjuk =D

    countjab: well...aku rs ko patot cuba skali rs pgalaman ni =D

    ReplyDelete
  5. macammana nak hanta karya kite hah?

    ReplyDelete